Monday, October 19, 2009

Adik dah Pandai jalan.....

Assalamualaikum..

Last week adik dah pandai melangkah 3-4 langkah.. orang tua2 cakap jalan2 jatuh.. tapi hari sabtu lepas dia dah lepas byk langkah... hehe.. kiranya adik start jalan umo 1 thn 3 minggu.. awal 2 bulan dari kakak... babah sempat tgk adik jalan masa balik kejap hari tu.. adik pun pandai... tunjuk skill kat babah... sekarang adik kemaruk nak pakai kasut... walaupun dalam umah n dah nak tido... still nak pakai kasut.. sbb dah pandai jalan gamoknyer... hehehe.... mama ada amik video.. tapi x tau nak upload.. huhuhu....


Thursday, October 15, 2009

Ada Lah Pulak....

Assalamualaikum

Pagi ni lepas bekpes, dalam lif...
Kak Yani : kite nampak gambar awak..
(mama muka blur...)
mama : kat mana?
Kak Yani : Dalam susuibu.com..
mama : Hah? ye ker?
Kak Yani : a...ah... best ke g jamuan tu?
mama : ok lah... sebenarnya pegi tu pun sbb nak amik hadiah jer....
kak Yani : oo.. hadiah apa?
mama : ada masuk pertandingan dlm majalh pa&ma bulan ogos... x sangka menang la pulak...
Kak yani : oo.. dapat hadiah apa?
mama : ala... botol MLO 12 bijik tu jer...
Kak Yani : ok lah tu...
Mama : tu la.. tp kalo dpt BP yg 1K lebih tu  lagik ok..
( dua2 gelak hahahaha.....)


mama amik hadiah daripada Pn. Rita


Sebenarnya Kak Yani pun Full Bf cam mama... cuma kak yani bf dr anak dia yg 1st.. sekarang ni sambung anak yg no. 2...

Wednesday, October 14, 2009

Happy Besday to Babah.....

Assalamualaikum...

Hari ni umo babah genap 30 yrs... hahaha... babah dah tua.....petang smlm mama balik opis lmbat... sampai umah dkt kul 6... sampai je umah terus nenekan adik.. uwan ckp adik x tido2 dari kul 2ptg tu... mmg ngantuk sungguh adik.. bg nenen x sampai 10 min dah lelap...  pastu dgr enjen kete lalu, then berenti depan umah... tp mama buat x tau je sbb adik still nenen lagik walupun mata dah lelap.. sekali babah yang masuk... huhuhu... x bagitau pun nak balik....  dia ckp dia hantar kawan dia balik sbb kawan dia kena g perhimpunan UMNO... dia salah seorang perwakilan... ( org politik la ni....)

Tahun ni besday masing2 x der hadiah.. juz wish jer... almaklumlah... ekonomi negara kan tgh x betul sekarang ni... so, pagi2 ni lepas minum babah gerak balik ke melaka... dlm kul 6.15 pg td.. 6.20 mama lak gerak g opis.. hahaha....\

Tuesday, October 13, 2009

Happy Besday to Aqilah...

Assalamualaikum

Hari ni dah 5 hari besday kakak berlalu... tapi mama still x dpt belikan kakak kek lagik... teruk mama kan... cian kakak... babah pun x der... babah cuma send gambar kek upin&ipin n video orang utan nyanyi lagu hepi besday to u kat hp mama... babah suh bg kat kakak tengok... babah pun t'kilan gak tu kut sbb besday kakak kali ni babah kena work jauh.... tahun ni kakak dah 3yrs... dah macam2 sangat akal kakak yang kadang2 tu boleh buat mama ngan babah naik angin... kakak dah pandai baca doa makan ngan ngaji 'alif' 'ba' 'ta' sampai 'ya' ikut stail iqra' itu pun berkat pasang cd ngaji dlm kete setiap kali naik kete.. walaupun setakat nak balik dari umah uwan ke rumah sendiri yang x sampai 3 minit dah sampai tu.. huhuuhu...
ok lah kakak... mama ngan babah doakan kakak jadi anak yang solehah dan pandai jaga diri.. semoga umur kakak panjang dan berjaya dalam apa juga bidang yang kakak minat...


semoga anak mama & babah saling manyayangi satu sama lain... Aminn....

KOLOSTRUM: CECAIR BERNILAI EMAS

“Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit”, pesan Halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.

 
“Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu…” keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.
 

“Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?” Soal Lina bertalu – talu kepada Husna. Risau benar dia.
 

Sesungguhnya, apa yang dibualkan di atas adalah persoalan – persoalan yang sering diajukan oleh ibu – ibu muda. Malah, terdapat pelbagai lagi mitos yang diutarakan mengenai cecair kuning yang pekat dan melekit ini.

 
Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

 
Apakah sifat – sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar “darah putih” oleh sesetengah pakar kanak – kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

 
Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. Ini amat bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud:

"Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang meyakininya.” (Al-Jathiyah: 4). Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 20 dan 21 yang bermaksud, “Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”.
 

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira – kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Sebaliknya, disebabkan proses – proses yang perlu dilakukan ke atas, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA.

 
Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mendapat kira – kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Walaupun kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, tetapi dalam pada masa yang sama jumlah susu ibu turut meningkat dengan tingginya. Oleh itu jumlah total SIgA adalah hampir kekal sepertimana di awal kelahiran.

 
Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit – penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit – penyakit tersebut.

 
Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob – mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel – sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana – mana ciptaan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud:

"Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya." (Al-A'la : 2)
 
Kajian – kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman – kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit – birit yang disebabkan oleh kuman – kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu.
 

Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan.
 

Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel – sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain – lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”. (surah at-tin: 4)
 
Fisiologi jumlah isipadu kolostrum

Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur – ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49 – 96 jam berikutnya. Pada hari kelima – jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.
 

Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari – hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah – curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14).
 

Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri?
 

Antara tips – tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari – hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. Antara tips – tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila – bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (‘rooming in’) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau ‘nursery’ ketika berada di hospital. ‘Rooming in’ amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda – tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (‘cross infection’) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.

 
Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak – anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos – mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.

 
Rujukan:

1. Lars A. Hanson. Immunobiology of Human Milk: How Breastfeeding Protects Babies. Texas: Pharmasoft Publishing, 2004.

2. Riordan J. Breastfeeding and human lactation. Massachusetts: Jones & Bartlett Publishers, 2005.

3. Lawrence RA, Lawrence RM. Breastfeeding: A Guide for the Medical Profession. 6th edition. St Louis, MO: Mosby, 2005.
 
Oleh:

Dr Nazatul Shiha Bachtiar, MBBS, MMedSci

di copy dari susuibu.com
tq.






















Monday, October 12, 2009

Menang Peraduan Pa& Ma

Assalamualaikum..

Hari jumaat lepas masa on the way balik dpat call dari susu ibu bgatu mama salah sorang pemenang peraduan majalah Pa&Ma.. mama terperanjat.. derang jemput ke majlis penyampaian hadiah kat restoran cherlos kat bangi... hari ahad... rupa2nya ada jamuan hari raya susuibu.com sekali...

sebenarnya mama berdoalah kan nak menang ni...


tapi x der rezki......

so mama menang  hadiah ni..


alhamdulillah la... ni pun mahal gak ni.... huuhu... so, stok botol MLO ni mama dah ada 24 botol.. huhuhu....


Update jamuan Raya JTM

assalamualaikum..

Kite layan gambo jer la ek.. yang pasti perut full sepanjang hari....


kerja2 memotong nasik impit....


ratu selendang....


wing sebelah mama...


mama & gambar mama yang di frame(gambar tgh mkan plak tu.. huhuhu...)


unit mama & bos... (bj biru yg tgh tu bos mama..)


Pn Ecah buat dajal.. amik gamb mama tgh snap gambo org....


bersama tuan rumah sebelah....


mama & atie( kawan kemana2..) tgh syok makan....




Friday, October 9, 2009

Hari ni Jamuan Yea.....

Assalamualaikum

Hari ni Jamuat kat department mama.. dari mama sampai kul 7 td ni baru mama duduk... tadi mama potong2 nasi impit... byk tu... dekat 2 jam selesai potong2.. tu mama potong je tu.. ada org lain yg tukang kuarkan dari plastik.... sekarangni masing2 tgh sibuk potong2, hidang2... ada yg x habis deco lagik kat bilik VIP... huhuu.... cam meriah lah pulak... mama pulak sibuk update blog.. hahaha.... jap lagik nak makeup n pakai selendang.. cam ne nak pakai selendang ek?.. hantam saja lah.. kang suh la sapa2 yg tau pakai selendang pakaikan.. hihi.. seumur idup ni lah 1st time nak pakai selendang.. hihihi.....
babai.....

Thursday, October 8, 2009

Jamuan Hari Raya JTM

Assalamualaikum...

Jumaat ni Jamuat kat jabtan mama pulak... konsep jamuan kali ni gerai.. ada 6 gerai... setiap gerai mewakili wing tingkat masing2.. bukan ikut bahagian or unit... setiap gerai kena buat 1 main menu yang berbeza dari gerai lain... main menu gerai mama ialah soto nasi/mehoon.. side menu lain byk la... cam rojak buah, carrot cake, air punch...kuah kacang, puding, kuah raya.. kami buat gotong royong.. sebab kami dah biasa buat pot luck kat sini... setiap gerai dpt peruntukkan rm550.. so duit tu lah di bahagi2 utk menu dll.. Haaa.. lagi 1, ada pertandingan tau... ada pertandingan gerai tercantik, wanita ayu & jejaka tampan.. hahaha,... ada hadiah tauuu... so, gerai kami dah decide, yang pompuan pakai selendang kat bahu, yang lelaki baju melayu ngan sampin selempang kat bahu... tu kira cam trademark gerai kitorang la... mama kena masak nasik impit 2 bungkus... lagik 3 ada org lain masak... kerja pun kena bahagi2 ni...
start semalam, dah kumpul barang2 utk deco2 gerai & peralatan yang akan digunakan untuk jamuan nannti... cam, bowl punch... so sapa2 yang ada barang yang yang diperlukan kenalah bawak... hihii.... hari ni lagik sibuk kut.. nka hias gerai, ada yang kn kuar g beli barang basah, barang kering... gerai lain mama dengr derang order jer... cam x best la pulak... sebab ramai pegawai baru kat sini.. even kat area mama ni pun mama x kenal.. kalo wat gotong royong camni, barulah leh kenal kan....
ok lah.. mama nak g bekpes lah dulu.. peyut munyik2 dari bangun tido lagi.. huhuhu....

Friday, October 2, 2009

Jamuan 1 Malaysia..

Assalamualaikum

hari ni sumer orang pakai baju cantik... sbb ada jamuan 1 malaysia kat opis... Jamuan ni utk semua jabatan kat LHDN... kena bayar tu... wajib pulak tu... sibbaik bayar ikut gred... gred mama kena bayar Rm10.. dapat atu semalam, LHDN peruntukkan RM42 utk setiap pegawai dalm jamuan ni.. wahhh... byk tu.. kn makan byk untuk cukupkan RM42 tu.. kalo x rugi wooo... huhuhu.... Mama x pakai baju raya pertama.. baju ni uwan dah siap jahit sblm raya, tapi mama yg x sempat nak sembat n jahit manik... baru siap jahit manik rabu lepas.. pastu suh uwan boh span kat bahu n suh bibik basuh.. tapi x sempat dia nk gosok... so, mlm tadi mama bawak balik umah gosok sendiri....
Nak g jamuan ni ada peringkat2... kang kut semua serbu dlm masa yg sama kang roboh pulak dewan tu kang.. dah la dewan tecik jer, bangunan pulak dah lama.. huhuuh... mama kena peringkat ke-3.. kul 12 - kul 1... so, dlm masa 1 jam tu mama nak makan sepuas2 nyer... kena betul2 kosongkan perut ni... tp sekarang ni dah lapo... camner ni... x pe.. tahan.. tahan....